|
Epilog rindu
Aku mencari dia dimana mana.
Tapi sehingga kini aku tetap tidak menjumpainya.
Aku cuba tanya ibu aku tentang dia, tapi ibu aku tetap dengan jawapannya
"Tak tahu, tak ingat...." Aku pasrah.
Mana dia pergi? Kalau aku sempat minta maaf dekat dia sebelum dia pergi.
Takde lah aku rasa bersalah sampai macam ni.
Yaaaa...memang aku tahu, dah 9 tahun dia pergi tinggalkan aku dengan rasa bersalah.
Masa tu aku baru darjah 1, tak tahu apa apa.
Tahu tahu jelah, budak budak bila bergaduh.. Tapi aku tetap rasa bersalah until now. uhm.
Dia tinggalkan aku masa aku gaduh dengan dia :'(
Ingatan aku masih kuat masa dia nak pindah rumah. Aku tak kata apa apa.
Aku nak minta maaf dekat dia masa family dia datang rumah aku.
Maybe time tu dia nak pindah rumah, tu yang diorang datang rumah family aku.
Nak ucap "Selamat tinggal" maybe..
But, lidah aku kelu, tak boleh nak luahkan kata maaf dekat dia.
Aku tetap dengan ego aku. Aku ego, pentingkan diri sendiri......
Masa tu aku cuma boleh menangis dan menangis.
Sebab aku dah takde kawan yang boleh diajak main permainan.
Eventho aku ada kawan lain, tapi aku rasa dia yang paling baik dan aku senang kawan dengan dia.
Mungkin takdir ALLAH, Aku tak dapat berjumpa dengan dia sampai sekarang.
Atau aku pernah bertembung, terjumpa or another else. Cuma aku je yang tak tahu.
Kuasa Allah, kita tak tahu kan? :')
Betullah kata orang, ORANG YANG SIA -SIAKAN PELUANG MEMANG AKAN MENYESAL.
And now aku betul betul rasa menyesal. Aku rindukan dia, Aku rindukan family dia.
Aku rindu nak main masak-masak dengan dia. Ahahah. kelakar right?
Aku ajak budak lelaki main masak masak.
Tapi kenyataannya dia tak pernah tolak ajakan aku....
Aku masih tertanya tanya, dapat ke aku berjumpa dengan dia, setelah sekian lama aku tak jumpa dia?
Hanya Allah sahaja yang tahu......Aku minta maaf Amin
Sincerely from my heart :')
|